Kelas Fb Page (Facebook Business)

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari mengenai teknik pemasaran di Facebook. Selain itu, peserta juga berpeluang untuk diajar mengenai mencipta laman perniagaan sendiri di Facebook. Dengan cara tersebut, peserta akan lebih tahu mengenai cara mudah menguruskan perniagaan mereka di laman Facebook. Selain itu, kaedah pemasaran turut dikongsi. Contohnya, kaedah pemasaran "Rempit sales" dari Fizo Omar.

Hanya seorang peserta menyertai kelas ini. Hasil dari kelas ini, beliau telah menemui cara untuk menaikkan lagi jualan beliau. Dengan menggunakan teknik yang telah dipelajari, beliau yakin perniagaan beliau akan bertambah maju.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali